Semakin lama ku beri diriku berfikir mengenai perkara-perkara biasa, semakin ganjil perkara itu terserlah di mindaku.
*
Hari ini ku membaca suatu petikan yang mudah difahami tetapi sukar dihadami. Ia berkata hubungan seks pertama yang dijalin selepas perkhawinan, yang dahulu kita anggap sebagai "standard", kini dilihat sebagai yang mustahil. Ini saya faham, kerana perkembangan masa dan budaya, tetapi ia sesuatu "hard pill to swallow". Senanglah kerja saya, jika kita semua menghadami konsep asing dan baru itu! Tetapi ia tidak sama sekali memberi saya isyarat hijau untuk mengikutinya. Faham?
*
Bagaimanakah minggumu terbuka?
(How has your week unfolded. Unfolded is such a beautiful word)
*
No comments:
Post a Comment